Tuesday, January 13, 2009

Jadual Promosi 09

Jadual promosi 2009.
* Karnival Jualan Mega 09, Peringkat Neg. Terengganu.
Anjuran: MARA Neg, Terengganu.
tarikh: 15hb - 19 Julai 09.
tempat: Dataran ShahBandar Kuala Terengganu.

* Hari Peladang, Penternak & Nelayan Neg. Pulau Pinang.
Anjuran: FAMA & Pertubuhan Peladang Pulau Pinang.
tarikh: 16hb - 19 Julai 09.
tempat: Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang.

* Hari Peladang, Penternak & Nelayan Neg. Perlis.
Anjuran: FAMA & Pertubuhan Peladang Neg. Perlis.
tarikh: 25hb - 28 Jun 09.
tempat: Stadium Kangar, Perlis.

* Hari Peladang, Penternak & Nelayan Neg. Perak.
Anjuran: FAMA & Pertubuhan Peladang Neg. Perak.
tarikh: 25hb - 28 Jun 09.
tempat: Pusat Infoternak Sg. Siput


* Karnival Hijau Kuning.
tarikh: 6hb - 7hb Jun 09
tempat: Menara Alor Star, Kedah

* Karnival Jualan Mega MARA Negeri Sembilan
Anjuran: Mara Neg. Sembilan
tarikh: 28hb - 31 May 09.
tempat: Kem Paroi, n9

* MINI Fest 09, Usahawanan & Kepenggunaan.
Anjuran: Yapeim, Perak.
tarikh: 19hb Mac - 22hb Mac 09.
tempat: Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Taiping, Perak.

* Karnival Pertanian & Usahawan 09.
Anjuran: PAS Kuala Nerang, Kedah.
tarikh: 18hb Mac - 21hb Mac 09.
tempat: Berdekatan Masjid Kampung Barokas, Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah.

* Karnival PKS & Usahawan FAMA
Anjuran FAMA Perak.
tarikh: 26hb Feb - 1hb Mac 09.
tempat: Parking Medan Selera/Pasar Malam Kamunting, Perak.

* "Karnival Pertanian IKS"
Anjuran Parlimen Pokok Sena, Langgar, Kedah.
tarikh: 25hb Feb - 1hb Mac 09.
tempat: Pokok Sena, Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.

* Gerak Usahawan anjuran MARA.
tarikh: 17hb Jan - 18hb Jan 09.
tempat: Bazaar Ramadhan, Teluk Intan, Perak.

* Karnival Mesra Souq Al-Bukhary akan diadakan di Alor Star pada,
tarikh: 23hb Jan hingga 29hb Jan 09.
tempat: berdekatan Giant Alor Star, Kedah

Kepada para pelanggan yang ingin mendapatkan set Galah dan peralatan, di jemput hadir ke sana.

Wednesday, November 19, 2008

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Neg. P.Pinang

Dari 20hb Nov hingga 23hb Nov 2008, Galah Sambung akan berada di Tapak Expo Seberang Jaya sempena Sambutan Hari Peladang Peringkat Neg. P.Pinang.
Kepada pelanggan yang ingin membeli atau menambah set galah dan peralatan, sukacitanya dijemput datang ke expo tersebut.

Sunday, September 21, 2008


- ReachAll ASDePro Ent. mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan yg diberikan. Semoga di bulan Ramadhan & Aidilfitri yg menjelang tiba, kita sentiasa dirahmati olehNYA di Dunia & Akhirat.
Bersama-samalah kita menunaikan tanggungjawab untuk menunaikan zakat fitrah & zakat2 yg diwajibkan..

Saturday, December 1, 2007

Hubungi

Untuk maklumat lanjut,


ReachAll Asdepro Enterprise.
No1, Lorong Kenanga,
Taman Medan Kamunting Jaya 2,
34600 Kamunting, Perak,
Malaysia.

Tel: +605-891 4134,
Fax: +605-891 6267
zainal: +6019-574 9954
email: zainal@spptsb.com

Saturday, June 30, 2007

Galah Sambung Serbaguna ReachAll






Adakah anda menghadapi masalah seperti berikut?
* Kebun anda jauh dari rumah..
* Kesukaran untuk membawa atau menyimpan galah..
* Terdedah kepada bahaya jalanraya ketika membawa galah..
* Sering mengganti galah buloh kerana rosak atau galah aluminium anda sering hilang..




















Kini, Galah Sambung Serbaguna dapat menyelesaikan masalah anda..

* Galah dengan ketinggian maksima 45 kaki, dapat dimuatkan ke dalam beg, sungguh mudah dan selamat untuk dibawa dan disimpan.






Bergaya..



Lebih selamat ketika membawa galah di jalanraya mahupun kepada pengguna jalanraya yang lain.

Pelbagai kegunaan, dari mengait kelapa, kelapa sawit, buah-buahan hingga kerja-kerja pembersihan taman.

Mudah dan Jimat, hanya tukar alat yang diperlukan pada penghujung galah. Sesuai untuk kerja-kerja mengait dari pokok 3 kaki hingga 45 kaki.

Set galah dilengkapi getah pemegang serta beg untuk kemudahan membawa dan menyimpan.

Jimat wang dan masa, sekiranya terdapat sambungan yang rosak, boleh diganti secara berasingan, tidak perlu pulang untuk mengambil galah yang baru.

Pemasangan yang mudah dan ringkas, hanya menggunakan pin berspring - sisip, pusing dan klik!!




Di antara Stok Galah:














Di antara Keratan Akhbar:
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0905&pub=utusan_malaysia&sec=agrobiz&pg=ag_02.htm&arc=hive

5 September 2008 / 5 Ramadan 1429
AGROBIZ
Galah sambung untuk pemilik dusun
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN








pelbagai jenis pisau yang dijual di syarikat ReachAll bagi memenuhi permintaan petani.


Ramai pekebun tidak kira sama ada yang menanam komoditi seperti kelapa sawit, kopi, koko atau dusun seperti rambutan, petai atau manggis memang menghadapi masalah mengait buah.
Mereka memerlukan galah yang panjang, biasanya diperbuat daripada buluh dan berbahaya semasa menggunakannya.
Justeru sebuah syarikat ReachAll ASDePro Enterprise telah berjaya menghasilkan galah yang bukan saja ringan tetapi juga boleh disambung sehingga mencecah 15 meter (45 kaki).
Pegawai ReachAll, Jefri Ishak berkata, galah itu mendapat permintaan yang amat menggalakkan daripada pekebun dan pemilik dusun.
“Galah sambung serbaguna ini sesuai digunakan oleh pekebun-pekebun kecil yang mempunyai kebun yang jauh dari rumah.
“Tentu saja mereka sukar membawa galah yang panjang di belakang motosikal dan juga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain,” katanya semasa ditemui pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2008 di Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Setiap set galah sepanjang lima kali boleh disambung sehingga mencapai 15 meter mengikut keperluan pengguna.
Malah galah daripada campuran aluminium aloi yang berkualiti tinggi ini dapat dimuatkan dalam beg bagi memudahkannya dibawa dan disimpan.
Jefri menambah, set galah yang lengkap dengan getah pemegang dan beg bagi memudahkannya dibawa serta simpan malah mengelakkannya daripada kecurian.
“Set galah ini memudahkan kerja-kerja mengait bermula dengan ketinggian lima kaki dan boleh dipanjangkan dengan mudah dan cepat kerana lebih ringan.
“Galah sambung serbaguna ini boleh digunakan dalam pelbagai keadaan dengan menyambung di penghujungnya," katanya.
Sekiranya salah satu daripada galah rosak, pengguna hanya perlu membukanya dan pasang dengan yang lain dan kerja-kerja boleh diteruskan.
Pemasangan galah berkenaan juga amat mudah iaitu anda hanya perlu sisip, pusing dan klik. Begitu juga untuk membukanya.
“Selain galah, ReachAll juga memasarkan pisau sawit, pisau bunga sawit, pisau pinang, penyapu sawang, kacip rambutan, pisau kelapa dan gergaji dahan,” katanya.
Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai galah serbaguna ini bolehlah menghubungi ReachAll di 05-8914134 atau e-mel: asdepro@ spptsb.com
atau laman web http://galahsambung.blogspot.com/








Perbandingan di antara set galah Sambung ReachAll dan Galah Biasa.

* Galah biasa: perlu diturunkan dan ditegakkan semula untuk mengubah ketinggian. Ini akan menyebabkan pembuangan masa dan penggunaan tenaga yang berlebihan.



* Berbanding dengan Set Galah Sambung ReachAll: tahap ketinggian galah boleh diubah tanpa perlu menurunkan galah, hanya buka sambungan di bawah sahaja. Lebih jimat masa dan penggunaan tenaga dapat dikurangkan.

Pokok pinang setinggi 25 kaki.


Mengait kelapa, setinggi 40 kaki.


Pokok Kelapa, menggunakan set galah sambung setinggi 50 kaki.


Di antara keserbagunaan Galah Sambung ReachAll;

* Pisau sawit lengkap sarung, digunakan untuk mengait buah kelapa sawit dan menarik dahan pokok.

* Pisau Dahan, sesuai digunakan untuk menarik dahan-dahan pokok.


* Pisau Bunga Sawit, untuk mengait buah sawit yang masih kecil buahnya(ketinggian pokok tidak melebihi 3 kaki), ianya juga sesuai digunakan untuk mengait buah kelapa biasa.

* Penyapu sawang lengkap adapter.


* Pisau Pinang dan buah jering.


* Kacip dan Gergaji Ranting, digunakan untuk memotong ranting buah-buahan seperti rambutan.


* Pisau Petai, untuk mengait buah petai.


* Gergaji Dahan (sweden), digunakan untuk memotong dahan-dahan pokok.

* Pengait manggis, sesuai juga untuk digunakan mengait buah-buahan lain seperti jambu, ciku, limau.


* Penarik buah kelapa.


* Penolak dan penarik kabel.









* Pisau koko (mempunyai mata pisau yang tajam di bahagian atas & bawah)



Stok Aluminium..












Jabatan kerajaan yang telah menggunakan set Galah Sambung di antaranya seperti MPOB, FELCRA, TNB, MARDI, MAJLIS PERBANDARAN, FAMA, PERTUBUHAN PELADANG, BOMBA dan lain-lain lagi.


Di samping kegunaan di atas, terdapat juga pelanggan yang menggunakan set galah sambung ini untuk digunakan sebagai penyambungan RADIO AMATUR.


Nota:

* HARGA SET GALAH MENGIKUT KETINGGIAN DARIPADA MINIMA 15 KAKI HINGGA 45 KAKI DAN MATA ALAT MENGIKUT KEPERLUAN PENGGUNA.

* TEMPAH HARI INI DAN SET GALAH AKAN DIHANTAR TERUS KE ALAMAT YANG DIBERIKAN.


* Sekiranya berminat, sila hubungi pihak syarikat, dan anda boleh membuat pembayaran terus ke akaun Maybank:

ReachAll ASDepro Enterprise, A/C No: 508 243 110 602,

* Set galah dan peralatan akan dihantar ke alamat apabila selesai pembayaran dibuat dengan menggunakan perkhidmatan kourier servis city link.


Friday, June 29, 2007

Gergaji dahan


Gergaji dahan ni sesuai digunakan untuk buang dahan2 pokok.
Tak perlu nak naik atas pokok, hanya gergaji dari bawah ja..